//Anieyz's Blog ♥
Anieyz's Blog

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to Anieyz's Blog :) do respect me if you want i'm respect you. do follow me, i will follow you back :)


 tetamu VVIP datang melawat


Owner ♥

Owner of this blogger, nice to know you x) ♥


Shoutboxxxx!



Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Anieyz
Others:   


Anakku Sayang Qaisara 💜

mashaAllah berapa lama aku tak update blog. Aku ingat aku dah lupa password semua, tapi tiberr keluaq terus log in dah. Suka tak kira weh 😂 ok last update aku rasa 4 ke 5 tahun lepas hahahaha masa aku sekolah lagi. Sekarang aku dah 21. Guess what? Dah kahwin weh 🤣 dah ada anak seorang. Kalini aku nak update perjalanan selama mengandung kan anak aku, Nur Qaisara. Ok gambar dia dekat bawah tau 👇👇👇



Gambar ni dah 8 bulan lebih. Gambar ni masa dia duduk last sebelum dia dilahirkan. Dekat tempat bowling. Hahahaha nak beranak dah weh main bowling lagi. Masatu teman bapak mentua + papa Yaya main bowling. Ok yang ni satgi aku cerita lain. Aku cerita first dulu.

OK cerita dia macam ni. Tahun lepas, masa aku dah kahwin perkara biasalah kan dah nama pun nak anak mesti lewat period rasa diri tu mengandung. Tapi bila cek upt, TAK. Lambat period lagi, TAK. Sampai give up sumpah demi Allah give up 😭 check ja upt, negative mesti menangis. Dan satu masa tu aku ada main wechat. Sorry k wechat aku untuk business ja and 98% perempuan sahaja. 2% tu aku syak meyamaq jadi perempuan. Ada la seorang hamba Allah ni anak seorang cerita pi cerita mai dia kasi tips sikit kat aku. Lepas kasi tips aku try, after 5 month lepas kahwin tu aku mengandung. Tapi aku tak tau aku mengandung. Masatu nak puasa dan aku dah nekad nak berhenti kerja sebelum sehari puasa. Masatu kerja 7-7 balik 7 malam. Naik motor kulim ke penang, penang ke kulim. Masa balik tu hujan lebat weh dengan guruh, tapi aku tak stop. Aku jalan jugak sampai terlalu hujan aku bagi signal tepi tapi masih jalan. Sebab masatu laki aku dah balik aku pulon jugak balik. Lepastu esok tu puasa tau. Petang aku demam sakit kepala semua. Pi klinik, aku taktau dokter mana bukan nak check aku. Sembang pasal politik. Sebab masatu tengah dok pilihan raya. Dia tak check langsung tapi dapat lah mc. Hampa yang kaki tuang mesti suka kan dokter macamtu hahaha. Lepastu balik makan ubat semua aku rasa sejuk ja. Mengigil beb. Sampai papa Yaya balik aku nangis nangis sejuk.

OK next, pi rumah mak mentua aku time tu tok dia ada. Aku cakap tak larat semua dan masatu tok dia cakap ada isi kot. Aku cakap taktau. Malam tu pi hospital dan aku tak syak pun aku mengandung sebab sebelum tu aku period. So tak expect pun. Dokter suruh test air kencing semua dalam hati (takdak punya la) sebab asyik test fail kan. Sekali dokter tu cakap "tahniah puan. awak mengandung dah sebulan" and im feel WHAT! sampai tak cakap apa apa langsung. Tergamam beb. Ada isi rupanya. Patut demam on off. Lepastu keluaq bilik tu aku tak habaq kat pak dia lagi. Kata demam ja. Balik rumah masuk rumah mak mentua aku, dia cakap ada ka. Aku cakap ya mengandung mak. Seronok la. Balik rumah call ibu aku pulak. Teriak teriak cakap adik mengandung. Aku langsung tak bagitau kat laki aku 😂 dia tau pun mak dia bagitau hahahahahahah nak surprise tak jadi sebab mak mentua dah habaq. Dia punya lah kiss aku seronok tak KIRALAH. Best weh. Lega syukur alhamdulillah selepas 5 month mengandung jugak.

OK time alahan. Start 2 bulan sampai 5 bulan. Alahan teruknya. Setiap pagi muntah muntah muntah sampai muntah colour hijau (that's means sampai takdak apa nak muntah). Makan muntah, minum air muntah. Semua muntah. Loss kg sampai 6kg masa mengandung. Apa lah yaya ni hahaha. Aku setiap hari makan roti gardenia coklat ja. Nak makan nasi muntah. Makan jugak tapi lama sikit aku muntah. Semua yang aku teringin semua muntah. Yaya nak apa ni sayang 😂😂 makan nasi putih + sup ok sikit. Tapi kalau tak kena gaya muntah lagi. Hahahah. 3 bulan weh muntah ja kurus weh aku. Perut ha membesar. Semasa mengandung kat dia alhamdulillah semua ok. Spoil sikit bila check perut nak check jantina tak boleh. Satgi kaki lindung la, dia kepit kaki la. Sampai la nak beranak pun tak nampak.

Masa 6 or 7 bulan tak igt. Dokter cakap baby songsang. Masatu ya allah selamatkan la anak aku. Depa cakap kecik lagi dia boleh pusing. Dokter suruh aku ikhtiar mcm suluh lampu kat bawah bagi ikut. Kepala tgn kt bawah kaki kt atas bagi dia senang pusing. Solat sujud lama. Semua buat sampai 8 bulan, check lagi masih songsang. Mama teringin nak normal sayang walaupun sakit sangat. Tapi takdak rezeki. Sokey. Next time hahahahahaha ok then, dokter suruh aku check up dengan hospital terus. Takpayah klinik dah. Check up hospital, depa suruh aku buat pusingkan baby. Apa nama lupa dah. Ok sehari an aku duduk Labour room. Orang beranak semua aku dah dengaq. Dia jerit semua aku dengaq. Sebelah ja pun. Dia teran aku pun rasa nak teran. Hahaha

Masatu dokter mai check masih songsang. Depa tekan perut aku hujung kepala bayi dgn kaki bayi depa pusing. Sakit tu jangan habaq. Sakit sangat sangat. Sakit lagi daripada contraction aku. Pusing pi pusing mai, tak berjaya. Balik mcm tu ja. Sedih tak dpt pusing. Dokter bagi tarikh untuk cukup ja bulan nak masuk 9 bulan terus czer. Aku redha walaupun masatu takut. First time weh. Depa bagi tarikh 26 or 28 haribulan 1,2019. Tapi keluar 15 haribulan. Ok jap sembang 15 hari bulan. Masa aku mengandung, wan Ahmad ada cakap keluar 15 haribulan wan bagi RM500. Yaya dengaq tau dia pun keluaq la 15haribulan Hahahahahaha thankyou wan 💕💕 ok sambung, 14/01/2019 aku teman pak mentua aku dgn laki aku main bowling. Tapi malam tu aku sakit ja perut. Aku betoi betoi lupa pasal sakit CONTRACTION. depa main bowling, aku pi tandas. Duduk ja tandas, memula perut sungguh sungguh. Balik pun sakit lagi. Aku dok igt 26/28 tu nak beranak tapi sakit awai, keluaq lah awai. Pukul 4 pagi, aku terjaga terus nak kencing. Aku pi la kencing. Tapi lain mcm kencing, rupanya itu air ketumban. Spot darah sikit, gerak laki aku terus pi hospital. Spoil lagi kereta takdak pulak. Selamat ada kereta adik ipar aku. Pulon pi hospital. Kaunter tu tanya nak beranak ja aku jerit HA hahahaha aku sakit dah. Jalan pun air ketumban dok turun. Terui masuk Labour room depa check semua takdak bukan lagi. Lepas aku baca surah Al Fatihah 10 min lepas tu bukan 5cm, EMERGENCY CZER EMERGENCY CZER. Sain sain semua terus tolak. Aku tak boleh tahan nak boh tiub kencing. Sakit sia.

Masuk bilik bedah, cucuk epidural. Takmau cerita sgt pasal dalam bilik bedah, satg hampa takut pulak. Ok lepas ja depa tekan pi tekan mai perut aku sekali rasa baby keluaq dia nangis. YA ALLAH MENITIS AIRMATA GEMBIRA AKU. ALHAMDULILLAH AKU NANGIS KEGEMBIRAAN. Keluaq ja aku taktau samada bayi perempuan or lelaki. Sekali dokter tu tunjuk bagi aku cium dia cakap puan, anak puan perempuan. Alhamdulillah tercapai nak anak perempuan (laki aku la nak anak perempuan) settle ja semua, tolak masuk bilik. Mula tu tak jumpa lagi anak aku. Suruh laki aku tangkap gambaq ja. Lepastu dia pi ambik, ya allah ya ampun subhanallah anak aku ka comeinya. Sat aku sent gambar baru lahir.


Tadaaaaaaaa! Bezakan hahaha. Gemuk gemuk anak mama ni ❤️❤️ comeinya ya allah kurniaan allah. Terima kasih alhamdulillah 😇😇 3 hari duduk hospital. Struggle anak pertama susahnya. First time pegang baby kecik, first time menyusu, first time cuci berak, first time cuci kencing. Semua first time. Sturggle weh. Masa kat hospital lepas bius hilang mashaAllah sakit tu allah ja tau. Imagine ja, hampa seakan tengah pegang perut dia sedang terborai dgn usus. Tu ja boleh bagitau. Sakit sgt. Nak turun katil pun sakit. Hahaha alhamdulillah selama berpantang kat rumah ibu, ok la walaupun jahit an ada sikit terbuka, beli ubat farmasi ok elok balik dah. Tapi sakitnya kadang kadang masih terasa sampai sekarang ya. Jangan kata czer tak sakit yeeee. 😘😘 Alhamdulillah dah nak masuk 9 bulan dah. Susah senang bersamanya. Semua dah boleh tunggu nak berdiri dan nak berjalan ja. Haha amanah Allah swt kena jaga baik baik. Terima kasih hadir dalam hidup mama sayang 💋💋 mama love you so much. Tunggu adik besar sikit mama bawak adik jalan jalan tau.

Daripada, mama hang yang comel. NURHANIS  😂